Saturday, April 23, 2011

Cheese Tarts And Butter Cakes


 Chocolate & strawberry filling cheese tarts...

 Blueberry cheese tarts...

 Kiwi and blueberry cheese tarts...

Semuanya adalah tempahan daripada Emiliana (Amy) dari Taman Kota Masai. Amy menempah 150pcs mix cheese tarts. Kebetulan stok filling yang ada ialah kiwi, chocolate, stroberi dan bluberi, jadi saya campurkan keempat2nya. Harap Amy berpuashati ya...!
(22-04-2011)

 Orange Butter Cake

Chocolate Marble Butter Cake

Kedua2 kek ini ditempah oleh Lin dari IPTI. Nak di bawa ke rumah makciknya di Kong Kong. Terima kasih Lin untuk tempahan ini dan moga berpuashati dengan tempahannya.
(22-04-2011)


Friday, April 22, 2011

Tarts And Pudding





Hari tu (tak ingat hari apa ya...) saya menerima panggilan telefon dari seorang guru di Tadika Yuh Chyun di Taman Scientex. Cikgu ni namanya Cikgu Suzi...tak tau pulak nama penuhnya apa ya... Suzi menempah bluberi cistat, fruits tart dan juga puding pelangi. Dia nak buat makan2 sempena hari ulangtahun kelahiran ibunda tersayangnya pada hari Khamis lepas (semalam, 21hb April 2011). Terima kasih Suzi untuk tempahan ini. Moga berpuashati ya dan selamat ulangtahun kelahiran untuk ibunya...!


Saturday, April 16, 2011

Apam Comel, Cistat Dan Puding


Tempahan apam comel dan cistat lagi untuk minggu ini. Alhamdulillah kepada penempah2. Harap2 berpuashati dengan hasilnya....


Tempahan daripada Sifu Nina untuk majlis harijadi anaknya yang diadakan di tadikanya pagi Jumaat lepas. Tempahan apam comel bluberi sebanyak 100 biji. Thanks Nina...!

 Puding Pelangi


 Cistat bluberi dan cokelat

Puding pelangi dan cistat bluberi & cokelat ditempah oleh Norma (NJ) untuk hari Jumaat lepas. Lepas NJ mengambil tempahan Kek Karamel Alunan Kasihnya hari tu, NJ terus menempah cistat pulak. Lepas tu NJ texted pulak, mintak tambah Puding Pelangi tu. Terima kasih NJ...lain kali order lagi ya!




 Tempahan daripada Dea di Jalan Canggung, Taman Pasir Putih. Dia tengok kat blog saya katanya. Lepas tu dia called dan menempah bluberi cistat ni sebanyak 50pcs. Dea kerja kat Johor Port. Datang mengambil tempahannya selepas balik dari kerja. Itulah first time kami bersua. Thanks Dea...!


Tuesday, April 12, 2011

Kek Karamel Alunan Kasih



Kek Karamel Alunan Kasih ini ditempah oleh Norma dari Taman Kota Masai. Saja untuk makan2 katanya. Sepatutnya dua hari lepas dah disiapkan tapi mixer saya pulak demam. Semalam sibuk dengan kek untuk birthday Abang Ngah. Hari ini baru sempat nak siapkan tempahan Norma. Maaflah ya sebab lewat dari yang sepatutnya.


Blueberry Cheese Tart




Tempahan daripada Wanie yang tinggal di Taman Cahaya Masai. Wanie menempah cistat ni untuk makan2 dengan anak2nya. Wanie menempah sebanyak 80pcs, semuanya filling blueberry. Petang Ahad (10-04-2011) tu Wanie datang ambil selepas balik daripada mengurut. Hehehe...Wanie ni buat bisnes urut-urutan dari rumah ke rumah. Sesiapa yang rasa sakit2 badan tu, bolehlah hubungi Wanie untuk dapatkan perkhidmatannya. Thanks Wanie untuk tempahan ini ya...!

Apam Dan Puding Pelangi




Tempahan daripada Salina Ahmad Jais pada hari Jumaat lepas. Salina dah menempah awal2, pagi Jumaat tu dia terus datang ambil sebelum bertolak balik ke kampung. Ada majlis sikit kat sana katanya. Salina menempah 100 biji apam comel - 50 biji bluberi, 50 biji lagi stroberi. Juga seloyang puding pelangi. Thanks Salina untuk tempahan ini. Harap2 berpuashati ya...!