Sunday, January 30, 2011

Tempahan Cistat Dan Apam Comel


Tempahan untuk 28hb dan 29hb Januari lepas...

 Tempahan daripada Sue - TPP
Bluberi cistat
Qty - 50pcs
28-01-2011

Tempahan daripada Am - tokey apam
Apam Comel - filling bluberi, stroberi dan kiwi
Qty - 300pcs
29-01-2011

Hehehe...ada cerita di sebalik apam comel ni. Saya terima panggilan daripada Am pada petang Jumaat tu. Masa tu saya sedang memicit krimcis ke dalam tart crust. Ada tempahan. Am minta tolong saya buatkan 300 biji apam comel dot-dot. Nak kaler oren dan hitam. Bila dengar warna hitam, saya jadi keliru sikit sebab bila guna pewarna hitam tu, tak jadi warna hitam...sebaliknya jadi kelabu2 gitu. Dalam perjalanan nak ke Econsave, saya call Sifu Nina, bertanyakan tips nak dapatkan warna hitam. Alhamdulillah...itulah hasilnya!

Saya mula buat apam tu pada pukul 12:00 tengah malam. Sebabnya, bila nak mula buat apam tu baru perasankan yang baking powder dah tak ada stok. Mintak tolong hubby belikan. Nasib baik ada kedai yang bukak 24 jam kat kawasan taman ni.

Akhirnya apam ni siap pada jam 3:00 pagi. Kemas gitu gini, packing gitu gini...3:30pagi saya pun.....landing kat depan tv tu jer. Tak sedar kul berapa zzzzzzzzzzzzzz.....

Thursday, January 27, 2011

Tempahan Cistat


Alhamdulillah...setelah lama "bercuti", projek kecil2an saya diteruskan juga. Tempahan diterima daripada Kak Shimah. Dua hari berturu2 Kak Shimah memesan cistat. Tempahan pertama pada hari Isnin, bluberi cistat sebanyak 50pcs. Hari Selasa pulak 100 pcs - blueri 50pcs dan cokolet 50pcs. Tapi sayang...pewarna cokelat pulak dah abis. Terpaksa guna warna pink untuk cistat cokelat tu...

Tempahan hari Selasa tu ialah untuk Kak Ros, kawan Kak Shimah. Nak di bawa ke KL pada subuh Rabu tu. Alhamdulillah...jauh jalannya cistat saya tu....!


 Chocolate cistat - 50pcs

 Bluberi cistat - 50pcs

Bluberi cistat...
50pcs

Saturday, November 20, 2010

Muffin Bluberi


Tempahan daripada Mahani unutk majlis aqiqah anak saudaranya pada hari Sabtu. Beliau menempah sebanyak 150 biji mufin bluberi. Setiap satu dibungkus secara berasingan.

 Mufin Bluberi...

Dah siap dibungkus satu2...

Kerja2 membakar siap sekitar jam 3:30 petang. Plastik pembungkus pulak tak ada stok. Berkejar pulak ke kedai. Lambat juga kerja2 pembungkusan ni. Saya mula membungkus sekitar jam 4:00 petang. Jam 5:40 petang baru siap. Terus hantar ke rumah adik Mahani di Taman Scientex. Nasib baik masa tu jalan belum jem teruk...

Tempahan 16hb November


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah lama "membisu", akhirnya saya kembali bersama2 tempahan yang diterima. Disebabkan masalah kesihatan, saya terpaksa menolak beberapa tempahan dan ada juga tempahan yang saya serahkan kepada orang lain.


 Tempahan daripada Intan Payung - rakan kepada Sue Kamal
Almond Choc Brownies
Qty : 1 tray
16-11-2010

 Tempahan daripada Siti Sarah
Bluberi cistat
Qty : 50pcs
16-11-2010

Tempahan daripada Nurul Huda
Bluberi cistat
Qty : 30pcs
16-11-2010

Ada cerita disebalik tempahan Nurul ni. Sekitar jam 3:00 petang, saya terima panggilan daripada Nurul. Nurul bertanyakan samada ada baki cistat ataupun tidak. Nasib Nurul memang baik sebab masa saya buat cistat untuk Siti Sarah tu, memang saya buat extra hampir 40 biji. Cadangnya nak buat makan2 sendiri. Maklumlah...esoknya kan ker hari raya! Tapi tak sampai hati pulak nak mengecewakan Nurul sebabnya Nurul tu sekarang tengah berbadan dua...

Friday, October 29, 2010

Tempahan 29hb Oktober 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Sekadar mengemaskini tempahan untuk hari ini...

Saya menerima tempahan daripada Sue Kamal dan Kaka Izan. Cistat, apam comel, brownies, kek marble dan puding.


 3 kotak cistat, brownies, puding pelangi, apam comel dan kek marble susu...

 Kek Marble Susu Stroberi...

 Kek Marble Susu Cokelat

 Apam Comel Inti Bluberi...

 Almond Chocolate Brownies...

 Cistat stroberi dan cokelat...

 Cistat bluberi dan kiwi...

 Puding Pelangi...

Semua yang di atas  tu adalah tempahan daripada Sue Kamal. Ada kenduri kat rumah belakang rumah emak dia. Itu yang dia tempahkan kuih2 tu untuk emaknya.
Mixed cistat : 100pcs
Kek Marble Susu : 2 loyang
Puding Pelangi : 1 loyang
Apam Comel : 100pcs
Brownies : 1 loyang
29-10-2010


Tempahan daripada Kak Izan
Bluberi cistat : 50pcs
29-10-2010

Tuesday, October 26, 2010

Marble Cheese Brownies Dan Cistat



 Tempahan daripada Akma - KSB
Bluberi cistat
Qty : 30 pcs
26-10-2010




Tempahan daripada Lin - IPTI
Marble cheese brownies - 1 tray
Bluberi cistat - 100pcs
26-10-2010

Wednesday, October 20, 2010

Tempahan Cistat Dan Apam



 Tempahan daripada Norma - Taman Nusa Damai
Bluberi + oren cistat
Qty : 50pcs
07-10-2010

Tempahan daripada Anita Ngarip - TPP
Mixed Apam Comel
Qty : 500pcs
09-10-2010