Friday, September 3, 2010

Cistat Ke Terengganu Lagi


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah...hari ini kita dah selamat menjalani ibadah puasa untuk hari yang ke-24. Tinggal berapa hari sahaja lagi Ramadhan akan berlalu.

Tengahari tadi saya memulakan projek cistat lagi. Kali ini tempahan daripada Cikgu Norsham, guru tingkatan Abang Ngah. Cikgu Norsham akan balik ke Kuala Terengganu esok pagi. Petang tadi saya ke rumahnya untuk menghantar cistat2 tersebut. Alhamdulillah...ke Terengganu lagi cistat saya ni. Kali ini Cikgu Norsham menempah sebanyak 350biji bluberi cistat. Terima kasih Cikgu. Lain kali order lagi ya!


Tempahan daripada Cikgu Norsham
Bluberi cistat
Qty : 350 pcs - 50pcs x 7 boxes
03-09-2010


Tempahan daripada Mahani
Bluberi & stroberi cistat
Qty - 50pcs
03-09-2010


No comments: