Friday, July 15, 2011

Tempahan 08-07-2011


 Tempahan daripada kawan sekolah Ayong. Sebiji Choc Moist Cake dengan deko paling ringkas. Kek tu saya dah bakar pada malam sebelumnya. Subuh2 Jumaat tu saya dah bangun dan kek ini siap dihias sebelum Ayong ke sekolah sekitar jam 6:30 pagi.


Tempahan daripada Yati - Taman Bukit Dahlia.
Bluberi cistat
Qty : 100pcs
08-07-2011

Yati terpaksa menunggu saya menyiapkan cistat tempahannya disebabkan oleh miss-communication. Ingatkan Yati nak amik cistat tu di sekolah (sebab hari tu ada Hari Terbuka di SKTPP)...rupa2nya Yati ke sekolah lebih awal dari yang sepatutnya. So, Yati terpaksa tunggu saya membakar cistatnya. KesianYati...! Harap2 jangan serik lagi ya!


Blueberry Cheese Tart



Tempahan daripada Nanie Kikie yang berada di Taman Universiti Sri Iskandar, Perak. Beliau menempah untuk adiknya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Masai.

Bluberi cistat
Qty : 50pcs
04-07-2011

Sunday, July 3, 2011

Apam Comel Dan Puding Pelangi


Puding Pelangi

Apam Comel versi polka dot

Tempahan daripada Ayu - Ulu Tiram
Ayu menempah 200pcs apam comel dan juga puding pelangi untuk majlis aqiqah anaknya yang akan diadakan pada hari Ahad, 3hb Julai. Masa Ayu datang mengambil tempahannya, Ayu bawa bersama kedua2 orang anaknya. Yang sulung ialah lelaki dan yang kedua ialah perempuan. baru aje habis pantang...baru 46 hari katanya. Chubbynya baby girl Ayu!

Cream Puff Dan Cheese Cake


 Cheese Cake..

Cream puff with corn custard...

Tempahan daripada Kak Jah - TPP untuk makan2 sempena ulangtahun kelahiran anak gadis suntinya yang jatuh pada 1hb Julai. HAPPY BELATED BIRTHDAY untuk FARAH NABILAH...


Blueberry Cheese Tart



Tempahan daripada Siti Sarah - KSB
Blueberry cheese tart
Qty : 100pcs
30-06-2011

Sarah menempah cistat ini bersempena dengan hari ulangtahun kelahirannya. Nak dimakan bersama rakan2 sekerja. Terima kasih Sarah untuk cistat ini. Juga masih belum terlewat untuk mengucapkan 
HAPPY BELATED BIRTHDAY untuk Sarah...!


Cistat Untuk Iwan



Tempahan daripada Kak Izan - TPP
Cistat bluberi
Qty : 50pcs
29-06-2011

Maaf dipinta daripada Kak izan sebab agak lewat menyiapkan tempahan beliau atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah...K.Izan memahami situasi saya. Saya menerima SMS daripada K.Izan yang menyatakan anaknya yang bongsu, saya panggil Iwan je, bangun pagi je tiba2 teringat nak makan cistat. Itu yang K.Izan menempah cistat tu. Terima kasih K.Izan atas sokongan.