Monday, May 30, 2011

Tempahan Brownies, Cistat Dan Apam


Sesi mengemaskini....

Almond Chocolate Brownies
Tempahan ulangan daripada Zarina
27-05-2011



Tempahan daripada Aleyna - Penang
Blueberry, kiwi and choc cheese tart
Qty : 100pcs
28-05-2011

Saya terima panggilan daripada Aleyna ni lama dah. Dia called dari Penang. Saya ngatkan dia nak suruh poskan cistat tu ke Penang. Tapi rupa2nya dia nak datang ke Pasir Gudang, ke rumah adiknya di Taman Bukit Dahlia. Dia akan tiba ke sini pada pagi hari Sabtu (28-05-2011) katanya. So dia minta saya hantar cistat ni ke rumah adiknya. Masa saya hantar tu, dia belum sampai lagi. So saya serahkan cistat tu kepada adik iparnya (Chinese lady) sahaja. Tapi, masa saya baru je masuk semula ke dalam kereta, Aleyna pun sampai. Nasib baik kami sempat bersua muka. Berbual2lah kami sekejap. Sebenarnya Aleyna ni adalah seorang Indian lady. Thanks Aleyna for this order...



Apam Comel
Tempahan daripada Liza - Taman Nusa Damai
Qty : 200pcs
30-05-2011

Kata Liza, apam ni akan dibungkus2 untuk diagih2kan kepada jiran2nya sempenan majlis berkatan anaknya. Kami berjumpa di Petronas dekat Jalan Bacang, Taman Kota Masai. Liza bekerja di Jalan Cempedak. Dan dia dalam perjalanan ke Jalan Nenas masa tu. So...kami berjumpa di Petronas tu aje. Thanks ya Liza...


Friday, May 27, 2011

Tempahan Cistat Dan Cream Puff




Tempahan daripada Nurul - Taman Kota Masai. Dulu Nurul tinggal di Taman Bestari Perdana tapi dah berpindah akhir tahun lepas. Thanks ya Nurul untuk tempahan ini. Saja untuk makan2 katanya.

Cream Puff - filling kastad jagung
Qty : 35pcs

Bluberi cistat
Qty : 30pcs


Tempahan Cokelat



Tempahan cokelat ini saya terima daripada jiran, Aini. Sehari sebelum tu, anak saudaranya menempah Kek Karamel Pandan. Semalam dia pulak menempah cokelat ini. Katanya nak diposkan ke Rompin. Nak dihadiahkan kepada rakan mayanya yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad ini. Lapisan bawah (warna cokelat) tu saya campurkan dengan peanut butter. So...ada kelainan pada rasa cokelat ini.

Qty : 35pcs per box

Packing ini sekadar nak tunjuk kepada penempah dan juga untuk tujuan posing. Wrapping yang sebenarnya bukanlah macam tu. Yalah...cokelat tu nak diposkan ke Rompin, mestilah packing elok2... Harap2 cokelat tu diterima elok seadanya oleh sipenerima...


Kek Karamel Pandan



Kek Karamel Pandan ini adalah tempahan daripada anak saudara jiran saya, Aini. Nama anak saudaranya kalau tak silap saya ialah Yusni. Tapi dia bahasakan diri dia sebagai Kak Ani (walaupun saya ni jauh lebih berusia daripada dia...) sebab dah terbiasa daripada kecil dengan panggilan itu. 
Petang Selasa tu, masa saya tengah mengangkat kain-baju di ampaian, dia bertanyakan samada saya boleh buat Kek Karamel ni tapi dia nak satu perisa sahaja iaitu pandan...dia nak menempah untuk makan2. Petang Rabu lepas saya hantar kek tersebut ke rumah Aini...Kak Ani ni pun ada kat situ. Terima kasih untuk tempahannya ya...!

Thursday, May 26, 2011

Tempahan Birthday & Anniversary





Apam Comel Bluberi : 50pcs
Almond Choc Brownies : 1 tray
Cream Puff : 70pcs

Semuanya ditempah oleh Normah - Taman Scientex. Cream puff tu dia minta saya packingkan dalam 2 packing yang berasingan - 50pcs + 20pcs. Yang 20pcs tu dia nak makan sendiri katanya. Yang lain2 tu dia minta saya hantarkan ke tempat kerja suaminya yang tersayang di Tanjung Langsat. Dia minta saya hantar pada jam 2:30 petang. Tak tahulah pulak sebab apa kena pukul 2:30 petang. Demi memenuhi permintaan pelanggan, tepat 2:30 petang saya sampai ke sana. Terus ke pondok pengawal...minta panggilkan si penerima. Terkejut sang suami menerima kejutan daripada isterinya. Apa2 pun...Happy Birthday dan Happy Anniversary to both of you...!

Ada cerita sikit pasal brownies tu. Selepas siap dideko, kotak yang biasa saya gunakan untuk brownies tu dah jadi tak muat pulak untuk brownies yang ini. Sebabnya...deko bunga dan daun tu melebihi ketinggian kotak asal. Alamak...panik kejap. Nasib baik ada kotak cuppies yang transparent kat atas tu. Kotak tu pun terpaksa saya modified sikit sebab papannya besar sikit daripada kotak tu. Maaf ya Normah pasal kotak tu..


Tuesday, May 24, 2011

Lagi Tempahan Cistat



Repeat order from Ida - Taman Bukit Dahlia
30 pcs of blueberry cheese tart. Delivered to her workplace at Taman Cendana. Thanks Ida for your repeat order...!
23-05-2011

Tempahan Cistat Dan Fruits Tart



 Tempahan daripada Aniza - Taman Kota Masai
Fresh Fruits Tart
Qty : 50pcs
21-05-2011

Kata Aniza, tat buah ni nak dibawa balik ke Pontian...



Tempahan daripada Ida - Taman Bukit Dahlia
Blueberry cheese tart
Qty : 50 pcs
21-05-2011

Terpaksa menggunakan dua buah kotak sebab kotak untuk 50pcs tu kehabisan stok pulak. Sebenarnya Ida ni sedang berbadan dua...begitulah menurut kata si penempahnya. Bukan Ida yang menempah sendiri tetapi ditempahkan oleh kawannya. Terima kasih ya...


Wednesday, May 18, 2011

Tempahan Hari Guru 2011


Tempahan yang diterima sempena Hari Guru 2011. Walaupun tidaklah banyak sangat tempahannya tetapi disebabkan ada aktiviti lain yang diselitkan, tak cukup kaki dan tangan rasanya. 


Kek Cokelat Lembab ini ditempah oleh Teacher Fuzaihan daripada SK Taman Pasir Putih. Kek ini adalah untuk dibawa oleh anaknya ke sekolah sempena sambutan Hari Guru 2011. Kek ni saya dah bakar pada sebelah malam. Hari Ahad tu tinggal nak deko aje. Tapi berkejar2 juga dengan nak mendeko cuppies lagi. Teacher Fuzaihan singgah di rumah semasa dalam perjalanan balik dari kampung beliau. Masa tu saya tak ada di rumah, menghantar hubby ke meeting point untuk berlepas ke Korea Selatan. Nasib baik Ayong ada di rumah, so dialah yang melayan Teacher Fuzaihan...bekas cikgu dia juga. Thanks Teacher Fuzaihan...!


Dalam masa yang sama juga, saya mendeko choc cuppies di bawah ini.

 Design ini 14pcs...

 Design ini pun 14pcs...

 Kedua2 design digabungkan di dalam satu bekas dan dicacakkan dengan bendera mini "Selamat hari Guru"...
Tempahan ini adalah daripada Syukriah dari Taman Bukit Dahlia. Beliau menempah sebanyak 14 packs untuk anaknya. Sharky datang mengambil cuppies ini semasa saya nak keluar menghantar hubby ke meeting point. Thanks ya Sharky. Harap2 berpuashati dengan cuppiesnya...


Selepas waktu Maghrib barulah saya mula mendeko yang di bawah ini pula...

 Design ini ada 20 pcs...

 Yang ini pun 20pcs juga...

Gabungan dua design dalam satu bekas...
Tempahan ini pula ialah daripada Shidah Rahman. Shidah order 20 packs untuk anaknya, Amirul. Nak diberikan kepada guru2 yang mengajarnya di sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama. Dah 9:30 malam barulah saya pergi menghantar cuppies ini kerumah Shidah. Nasib baik kita tinggal setaman... Thanks ya Shidah!

Tempahan Apam Comel


Terkejar2 untuk menyiapkan tempahan disamping menghadirkan diri ke aktiviti di sekolah dan juga terkejar2 menyipkan kelengkapan hubby yang nak berangkat ke Korea Selatan. Semuanya pada satu hari yang sama....!


Tempahan daripada Nia di Selasih Pulau
Apam Comel berintikan bluberi dan stroberi
Qty : 100pcs
15-05-2011

Mula2 Nia nak pada tengahari Sabtu tapi saya tak boleh nak menyiapkannya sebab ada tugas di sekolah dan ada majlis yaasin di kejiranan. Jadinya Nia tunda pulak ke pagi Ahad. Awal2 pagi dia nak datang ambil katanya. Apa lagi...seawal jam 5:00 pagi dah bangun nak menyiapkan apam cmel ni dulu. Alhamdulillah...! Pagi Ahad tu saya ada tugas di SMK Pasir Putih, so saya minta Nia mengambil tempahannya di rumah. Thanks Nia untuk tempahan ini...

Tuesday, May 17, 2011

Fruits Tart Dan Cheese Tart





Tempahan daripada Leen di IPTI
Fresh Fruit Tart - 50pcs
Blueberry cheese tart - 50pcs
28-04-2011

Tempahan ini minta di hantar ke Kolej Komuniti...dihantar kepada hubby salah seorang kakitangan IPTI jugak. So, saya ke Kolej Komuniti pad petang Khamis tersebut selepas menghantar Ayong ke kelas tuisyen di Sri Wibawa di Taman Cendana....