Friday, February 24, 2012

Tat Buah Dan Bluberi Cistat




Tempahan daripada Kak Jamilah yang bertugas di Jabatan Kastam di JB. Kak Jame (nama glamor...) menelefon saya pada hari Isnin. Memandangkan saya ke Seremban pada hari Selasa tu, hari Rabu lepas barulah sempat saya menyiapkan tempahan Kak Jame ni. Tempahan ini diambil oleh rakan sekeja Kak Jame yang tinggal di Pasir Gudang...Suhaila. Suhaila datang pada sebelah malam...selepas dia balik dari bertugas. Terima kasih Kak Jame dan Suhaila. Harap berpuas hati dengan tempahan ini.

Bluberi cistat : 50pcs
Fresh fruit tarts : 50pcs
22-02-2012

Tempahan Apam Dan Fruit Tart







Tempahan daripada Kak Siti Rohaya dari Manjung, Perak. Jangan terkejut pulak. Kak Siti sebenarnya ada urusan di Tanjung Pengelih. Dalam perjalanan balik ke Perak tu, dia singgah di rumah saya. Disamping mengambil tempahannya, kami juga berkenalan dan bersua buat pertama kalinya. Kenal di Mukabuka je. Ari tu Kak Siti menempah cistat, fruit tart, apam polkadot dan juga chicken pie untuk TLDM Tg. Pengelih tu. So, ini kiranya repeat order dari Kak Siti lah...tapi yang ini untuk dibawa balik ke Perak.

Apam polkadot : 100pcs
Bluberi cistat : 100pcs
20-02-2012

Sunday, February 19, 2012

Tempahan TLDM Tanjung Pengelih








Alhamdulillah. Kali ini mendapat tempahan daripada Kak Siti Rohaya dari Lumut, Perak. Kak Siti menempah untuk TLDM Tanjung Pengelih. Saya kurang pasti siapa Kak Siti ni...tapi rasanya mesti seseorang yang berkaitan dengan TLDM jugak. Jumpa hari Isnin baru nak siasat latar belakang Kak Siti. Menurut Kak Siti, mereka sedang mengadakan food testing untuk satu function yang akan diadakan awal Mac nanti.

Tempahan Kak Siti :
Bluberi cistat : 100pcs
Fresh fruit tarts : 100 pcs
Apam polkadot : 100pcs
Chicken pie : 50pcs

Memandangkan saya tidak pernah buat chicken pie untuk jualan, saya menempah pulak chicken pie ini dari sifu saya. Hmmm...bukan saya yang buat ya. Saya tumpang glamer je. Lepas ni kena belaja buat pie pulak. InsyaAllah.

Semua tempahan ini telah diambil oleh wira2 TLDM. Seawal jam 645 pagi mereka dah ada di depan rumah. Janjinya pukul 8:00 pagi. Kata mereka cuma nak pastikan rumah yang mana satu. Kesian mereka, semata2 datang dari Tanjung Pengelih sebab nak pick-up tempahan ini. Saya suruh mereka pergi minum dulu sebab masa tu chicken pie belum sampai lagi. Lepas tu, jam 7:40 pagi mereka dah datang semula. Masa tu hubby dah pergi kerja sebab dia pergi hantar Ayong ke stadium dulu. Ayong ada performance di Bukit Layang2 pagi tu. Saya berbual sekejap dengan mereka. Sekadar berbahasa... Jam 8:00 pagi, chicken pie sampai. Selepas loading semua kuih2 ke dalam kereta mereka, mereka pun berangkat pulang ke Tanjung Pengelih semula.

Terima kasih Kak Siti. Tak sabar nak tunggu hari Isnin sebab nak dating dengan Kak Siti.

Saturday, February 18, 2012

Tempahan Bluberi Cistat






Tempahan daripada Sue - Selayang 24
Bluberi cistat
Qty : 50pcs
06-02-2012

Tempahan Cistat







Tempahan daripada Kak Jah - Selayang 12
Bluberi cistat
Qty : 50pcs
06-02-2012

Thursday, February 16, 2012

Tempahan Cistat




Tempahan daripada Akma - KSB
Bluberi cistat
Qty : 100pcs
03-02-2012

Tuesday, February 14, 2012

Tat Buah Dan Bluberi Cistat






Tempahan daripada Teacher Fuzaihan lagi. Kali ini beliau menempah untuk diri sendiri dan teman2 seperjuangan. Masing2 nak bawak balik kampung sempena cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam.

Fresh fruit tarts : 30pcs
Bluberi cistat : 160pcs
03-02-2012

Monday, February 13, 2012

Apam Comel











Tempahan daripada Kak Jah - Selayang 12.
Apam comel : 200pcs
Di'packing' 50 biji setiap bekas...untuk disumbangkan kepada rumah pengantin di lorong yang sama.
21-01-2012