Monday, May 28, 2012

Chocolate Moist Cake




Chocolate moist cake tempahan daripada Cikgu Azliana lagi. Semasa mengambil tempahan pada petang Ahad minggu lepas, Cikgu Azliana menempah kek ini untuk hari berikutnya semepena birthday suaminya. Walaupun tempahan mengejut tapi tetap ditunaikan juga. Petang Isnin tu berlari ke Tesco untuk cari stroberi tapi tak ada stok pulak. Terjumpa buah ceri ni...sambar ajelah menggantikan stroberi.

Sunday, May 27, 2012

Brownies Dan Apam Polkadot




Apam polkadot dan almond choc brownies ini ditempah oelh Cikgu Azliana - SMKPG. Apam tu untuk anaknya bawa bekal ke sekolah. Brownies tu pulak nak meraikan HOT MOMMIES di rumah emaknya di Selasih Pulau. Thanks Cikgu Azliana...!

Apam polkadot filling bluberi dan choc chip : 100 pcs
Almond choc brownies with simple deco : 1 tray
13-05-2012

Saturday, May 26, 2012

Fruit Pastry Cake Dan Choc Chip Muffin




Fruit pastry cake dan choc chip muffin ini ditempah oleh Liza - KSB Audit Team. Katanya nak meraikan ulangtahun hubby dan anaknya.

Fruit pastry cake : 1 biji
Choc chip muffin : 20 biji
11-05-2012

Friday, May 25, 2012

Tempahan Cistat




Blueberry cheese tart tempahan daripada Cikgu Fuzaihan sebanyak 200pcs. Dihantar ke sekolah pada hari Jumaat, 11hb Mei. Rasanya Cikgu Fuzaihan belanja anak2 muridnya makan cistat... Terima kasih daun keladi Cikgu!

Friday, May 18, 2012

Tempahan Bluberi Cistat



Bluberi cistat tempahan daripada Fadzlina di MPPG. 
Qty : 30pcs
08-05-2012

Fadzlina meminta saya hantar ke MPPG dalam sekitar 10 pagi. Dalam perjalanan tu saya SMS dia...kata saya dalam perjalanan ke sana. Dia balas SMS saya, minta saya hubungi kawan dia bila sampai nanti. Saya pakir kereta di ruang pakir berhadapan dengan bangunan Menara Aqabah berhampiran dengan Chamek. Bial telefon kawan dia tu, katanya dia tunggu nun di bawah sana...di main entrance mengadap ke Taman Mawar. Alamak! Terpaksa keluar parking dan menuju ke bawah pulak.
Saya belum pernah berjumpa Fadzlina lagi. Jadinya saya pun bertanya serba sedikit pasal dia pada kawan dia tu. Kata kawan dia, Fadzlina dah ke Kluang awal pagi tadi sebab menziarahi kawan baik dia yang juga kakitangan MPPG yang kemalangan. Cistat ni dia nak bawa sebagai buah tangan. Kepada rakan karib Fadzlina yang kemalangan tu, semoga cepat2 sembuh ya!