Thursday, March 31, 2011

Chocolate Moist Cupcake


 Chocolate moist cuppies
Deco with buttercream


Tempahan chocolate moist cuppies ini ialah daripada IRA. Saya cuma tahu nama ringkasnya saja. Dah tu tak bertanya pulak kerja kat mana. Iran menempah cuppies ini untuk birthday rakan sekerjanya ESOK...
Sepatutnya Ira datang mengambil tempahannya malam ini tetapi saya pulak ada mesyuarat PIBG jam 8:00 malam. So, esok pagi Ira akan singgah untuk mengambil tempahannya.
Apa2 pun nak ucapkan terima kasih in-advance pada Ira untuk tempahan ini. Harap2nya Ira akan berpuashati. Insyaallah..

Tuesday, March 29, 2011

Fruits Tart Dan Cheese Tart


Tempahan daripada Lin - IPTI
Blueberry cheese tart - 25pcs
Fruits tart - 25pcs
29-03-2011

Ini adalah sambungan daripada tempahan Lin yang lepas. Hari tu Lin tempah Apam Comel dan Bluberry Cheese Tart bersama dengan yang di atas. Tapi yang di atas tu minta ditunda hingga ke hari ini. Errr...baru nak pergi hantar ke rumah rakan sekerja Lin di Taman Kota Masai jap lagi. Esok pagi barulah Lin dapat tempahannya ini. Thanks Lin...!

Monday, March 28, 2011

Harga Terkini


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat sedikit perubahan kepada harga2 kuih / kek / puding / apam. Sila semak di sini untuk mendapatkan senarai harga terkini. Terima kasih.

Cheese Tart - untuk semua jenis filling - 30pcs - RM25, 50pcs - RM35.
Chocolate Cheese Tart - 30pcs - RM30, 50pcs - RM46.
Fresh Fruits Tart - 30pcs - RM28, 50pcs - RM45.

Puding Pelangi - 8" - RM25.
Puding Roti Bakar - 8" - RM25.
Puding Roti Bakar dengan Sos Kastad - 8" - RM30.

Cream Puff - filling krim kastad - 35pcs - RM20, 50pcs - RM30.

Kek Marble Susu - cokelat dan stroberi - 8" - RM18.
Marble Cheese Brownies - 10"x10" - RM40.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubung saya di talian 012-7191781.
Terima kasih.

Friday, March 25, 2011

Tempahan Cistat Dan Apam Comel



Tempahan daripada Siti Hajar - TPP
Apam Comel Bluberi
Qty : 100pcs
15-03-2011


Tempahan daripada Lin - IPTI
Apam Comel Bluberi dan Chocolate - 100pcs
Bluberi Cistat - 30pcs
24-03-2011

Tempahan ini minta di hatar ke rumah rakan sekerja di Jalan Mangga, Taman Kota Masai. Tak pernah sampai ke Jalan Mangga, menggagau gak mencarinya. Alhamdulillah...dah selamat dah.

Friday, March 11, 2011

Chocolate Cuppies


Dalam pada badan tak berapa nak sihat ni, berusaha juga untuk menyiapkan tempahan chocolate cuppies ni memandangkan tempahan ini saya dah terima sewaktu saya sihat ari tu.









Chocolate cuppies with simple butter cream deco
Tempahan daripada Azah
Quantity : 80 + 7 pcs
10-03-2011

Cuppies ni nak dibawa balik ke Batu Pahat semepena majlis perkahwinan adiknya pada hari Ahad ini (kalau tak silap la...)


Monday, March 7, 2011

Tempahan Lagi


Alhamdulillah...lagi tempahan yang diterima walaupun tidak sebanyak mana. Alhamdulillah di atas rezeki yang dikurniakan olehNYA...








Tempahan daripada Nia - Selasih Pulau
Apam Comel Bluberi - 100pcs
Tart Crust - 50pcs
05-03-2011




Tempahan daripada Am
Choc Cupcake tanpa deco
Qty : 10pcs
05-03-2011

Ini pulak ialah tempahan bidan terjun daripada teman di Flora Heights. Siapa lagi kalau bukan tokey apam di SerojaKitchen tu...!
Am mintak tolong saya buatkan cupcake chocolate tanpa deco ni. Cuma layer dengan buttercream warna putih jer. Nasib baik BC masih ada baki dari buat untuk makan2 ari tu. Am datang ambil pada hari Sabtu tu sekitar jam 1:40pm. Dia mintak buatkan 10 biji je tapi sebab ada baki, jadi saya tambah 2 biji lagi...


Wednesday, March 2, 2011

Tempahan Cistat Dan Apam Comel


Salam sejahtera untuk semua.
Hari Ahad lepas, saya terima khidmat pesanan ringkas daripada seseorang yang mengenalkan dirinya sebagai Zarina, tinggal di Taman Kota Masai. Dia nak menempah bluberi cistat dan apam comel. Bila2 masa saya senang katanya sebab bukannya dia nak urgent...sekadar nak buat makan sendiri je.

Hari Ahad tu memang saya ada membuat cistat dan apam comel tapi Zarina lewat selangkah aje. Kalau tidak, dia dah dapat makan cistat dan apam ni hari Ahad lepas.

Hari ini baru saya berkesempatan untuk membuatnya. Petang tadi Zarina singgah ke rumah saya untuk mengambil tempahannya. Sempat jugalah berbual-mesra dengan dia kejap. Cute jer orangnya..

Rupa2nya, Zarina ni bekerja di Sekolah Kebangsaan Tanjong Puteri, sebagai IT Engineer. Saya ingatkan dia seorang guru, rupa2nya seorang engineer...


 Bluuberry cheese tart - 50pcs

Apam Comel Inti Blueberry - 50pcs

Tuesday, March 1, 2011

Tempahan2 Yang Lalu...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Kesuntukan masa untuk mengemaskinikan laman ini. Sekadar menayangkan tempahan2 yang lepas...


Tempahan daripada Nurul - Taman Mawar
Triffles - 50pcs
Puding Pelangi - 1 loyang
Puding Roti Karamel - 2 tray
07-02-2011


 Tempahan daripada Nurul - Taman Mawar
Triffles - 70pcs
Apam Comel - 150pcs
19-02-2011

Tempahan daripada Siti Payung
Triffles perisa raspberry dan strawberry - 20pcs
Almond Choc Brownies - 1 tray
26-02-2011


Tempahan daripada Nurul - Taman Mawar
Blueberry cheese tart - 25pcs
Chocolate cheese tart - 25pcs
Apam Comel - blueberry dan strawberry - 100pcs
27-02-2011