Sunday, January 30, 2011

Tempahan Cistat Dan Apam Comel


Tempahan untuk 28hb dan 29hb Januari lepas...

 Tempahan daripada Sue - TPP
Bluberi cistat
Qty - 50pcs
28-01-2011

Tempahan daripada Am - tokey apam
Apam Comel - filling bluberi, stroberi dan kiwi
Qty - 300pcs
29-01-2011

Hehehe...ada cerita di sebalik apam comel ni. Saya terima panggilan daripada Am pada petang Jumaat tu. Masa tu saya sedang memicit krimcis ke dalam tart crust. Ada tempahan. Am minta tolong saya buatkan 300 biji apam comel dot-dot. Nak kaler oren dan hitam. Bila dengar warna hitam, saya jadi keliru sikit sebab bila guna pewarna hitam tu, tak jadi warna hitam...sebaliknya jadi kelabu2 gitu. Dalam perjalanan nak ke Econsave, saya call Sifu Nina, bertanyakan tips nak dapatkan warna hitam. Alhamdulillah...itulah hasilnya!

Saya mula buat apam tu pada pukul 12:00 tengah malam. Sebabnya, bila nak mula buat apam tu baru perasankan yang baking powder dah tak ada stok. Mintak tolong hubby belikan. Nasib baik ada kedai yang bukak 24 jam kat kawasan taman ni.

Akhirnya apam ni siap pada jam 3:00 pagi. Kemas gitu gini, packing gitu gini...3:30pagi saya pun.....landing kat depan tv tu jer. Tak sedar kul berapa zzzzzzzzzzzzzz.....

Thursday, January 27, 2011

Tempahan Cistat


Alhamdulillah...setelah lama "bercuti", projek kecil2an saya diteruskan juga. Tempahan diterima daripada Kak Shimah. Dua hari berturu2 Kak Shimah memesan cistat. Tempahan pertama pada hari Isnin, bluberi cistat sebanyak 50pcs. Hari Selasa pulak 100 pcs - blueri 50pcs dan cokolet 50pcs. Tapi sayang...pewarna cokelat pulak dah abis. Terpaksa guna warna pink untuk cistat cokelat tu...

Tempahan hari Selasa tu ialah untuk Kak Ros, kawan Kak Shimah. Nak di bawa ke KL pada subuh Rabu tu. Alhamdulillah...jauh jalannya cistat saya tu....!


 Chocolate cistat - 50pcs

 Bluberi cistat - 50pcs

Bluberi cistat...
50pcs