Tempahan untuk 28hb dan 29hb Januari lepas...
Tempahan daripada Sue - TPP
Bluberi cistat
Qty - 50pcs
28-01-2011
Tempahan daripada Am - tokey apam
Apam Comel - filling bluberi, stroberi dan kiwi
Qty - 300pcs
29-01-2011Hehehe...ada cerita di sebalik apam comel ni. Saya terima panggilan daripada Am pada petang Jumaat tu. Masa tu saya sedang memicit krimcis ke dalam tart crust. Ada tempahan. Am minta tolong saya buatkan 300 biji apam comel dot-dot. Nak kaler oren dan hitam. Bila dengar warna hitam, saya jadi keliru sikit sebab bila guna pewarna hitam tu, tak jadi warna hitam...sebaliknya jadi kelabu2 gitu. Dalam perjalanan nak ke Econsave, saya call Sifu Nina, bertanyakan tips nak dapatkan warna hitam. Alhamdulillah...itulah hasilnya!
Saya mula buat apam tu pada pukul 12:00 tengah malam. Sebabnya, bila nak mula buat apam tu baru perasankan yang baking powder dah tak ada stok. Mintak tolong hubby belikan. Nasib baik ada kedai yang bukak 24 jam kat kawasan taman ni.
Akhirnya apam ni siap pada jam 3:00 pagi. Kemas gitu gini, packing gitu gini...3:30pagi saya pun.....landing kat depan tv tu jer. Tak sedar kul berapa zzzzzzzzzzzzzz.....
2 comments:
sedapnye!truje nk order
afiz :
nak order, called aje akak di no yg tertera tu...
Post a Comment