Alhamdulillah. Kali ini mendapat tempahan daripada Kak Siti Rohaya dari Lumut, Perak. Kak Siti menempah untuk TLDM Tanjung Pengelih. Saya kurang pasti siapa Kak Siti ni...tapi rasanya mesti seseorang yang berkaitan dengan TLDM jugak. Jumpa hari Isnin baru nak siasat latar belakang Kak Siti. Menurut Kak Siti, mereka sedang mengadakan food testing untuk satu function yang akan diadakan awal Mac nanti.
Tempahan Kak Siti :
Bluberi cistat : 100pcs
Fresh fruit tarts : 100 pcs
Apam polkadot : 100pcs
Chicken pie : 50pcs
Memandangkan saya tidak pernah buat chicken pie untuk jualan, saya menempah pulak chicken pie ini dari sifu saya. Hmmm...bukan saya yang buat ya. Saya tumpang glamer je. Lepas ni kena belaja buat pie pulak. InsyaAllah.
Semua tempahan ini telah diambil oleh wira2 TLDM. Seawal jam 645 pagi mereka dah ada di depan rumah. Janjinya pukul 8:00 pagi. Kata mereka cuma nak pastikan rumah yang mana satu. Kesian mereka, semata2 datang dari Tanjung Pengelih sebab nak pick-up tempahan ini. Saya suruh mereka pergi minum dulu sebab masa tu chicken pie belum sampai lagi. Lepas tu, jam 7:40 pagi mereka dah datang semula. Masa tu hubby dah pergi kerja sebab dia pergi hantar Ayong ke stadium dulu. Ayong ada performance di Bukit Layang2 pagi tu. Saya berbual sekejap dengan mereka. Sekadar berbahasa... Jam 8:00 pagi, chicken pie sampai. Selepas loading semua kuih2 ke dalam kereta mereka, mereka pun berangkat pulang ke Tanjung Pengelih semula.
Terima kasih Kak Siti. Tak sabar nak tunggu hari Isnin sebab nak dating dengan Kak Siti.
No comments:
Post a Comment