Wednesday, February 2, 2011

Tempahan Cistat, Apam Comel Dan Kek


Alhamdulillah...dilimpahkan olehNya rezeki ke atas diriku. Banyak tempahan yang saya terima sepanjang minggu ini. Ada yang memang dah menempah seminggu dan dua minggu sebelum, ada yang membuat tempahan mengejut... Alhamdulillah, rezeki daripadaNya...!


Tempahan daripada Ustazah Azie - Bukit Dahlia, Pasir Gudang
Bluberi cistat - 50pcs
31-01-2011

Saja nak buat makan2 katanya. Azie singgah mengambil tempahannya petang Isnin lepas. Dia ke Selasih Pulau dan singgah semasa dalam perjalan balik. Masa tu hujan rintik2... Si kecil Iman dah tidur kat tempat duduk dia, si Abang pulak tak sihat. Si Kakak jer nampak cergas sikit...


 Tempahan daripada Dila - UUM Sintok
Bluberi cistat - 50pcs
02-02-2011

Dila menempah cistat cokelat untuk ibunya yang tinggal di Taman Air Biru. Entah kenapalah mata saya ni boleh tak perasankan tulisan kat buku tu. Dah terang2 tertulis CISTAT COKELAT tapi saya terbuat pulak cistat bluberi. Camana??? Tanya Dila samada nak cistat cokelat jugak ataupun boleh aje cistat bluberi ni. Alhamdulillah...Dila kata tak kisah mana2 pun. Terus gi hantar ke rumah ibu dia...



 Tempahan daripada Siti Khadijah (Dijah) - Taman Rinting
Apam Comel - 100pcs
02-02-2011

Dijah telefon pagi semalam (Selasa), nak order apam comel untuk petangnya tapi saya tak sempat nak buat semalam. So Dijah minta buatkan untuk hari ini dan esok (Rabu & Khamis), dan dihantar ke Taman Rinting. Dijah sekarang berada di Muar. Dia minta tolong hantarkan kepada Mak Zarah di bawah Blok G. Ada kenduri tahlil sebab ada kematian di kejiranan Dijah. Al-Fatihah!!! Petang ni nak pergi hantar ke Taman Rinting...


Apam Comel - 150pcs

Kek Marble Susu

Apam dan kek ini ditempah oleh Amy, dari Taman Kota Masai. Ini pun kes emergency order... Nak dihantar ke majlis kenduri juga sempena pembukaan kedai...



No comments: