Saturday, February 5, 2011

Tempahan Lagi Di Minggu Ini


Alhamdulillah di atas limpah rezekiNya kepadaku....

 Cokelat cistat

Bluberi cistat
Tempahan daripada Dila -UUM, Sintok
Cokelat cistat - 50 pcs
Bluberi cistat - 50 pcs
03-02-2011

Lagi tempahan daripada Dila. Sehari sebelum ini saya dah hantar cistat ke rumah ibunya di Taman Air Biru. Dila pulak balik bercuti sempena Chinese New Year ke rumah ibunya. Dia menempah 100pcs lagi cistat. Nak dibawa ke majlis pertunangan sepupunya di Mersing (kalau saya tak silaplah...). 


Tempahan daripada Teja (Siti Khadijah)
Apam Mekar - 100 pcs
03-02-2011

Sehari sebelum ini (2hb Feb), saya telah membuat Apam Comel tempahan dari Teja yang minta di hantar kepada Mak Zarah yang berada Blok Balau G, Taman Rinting. Mak Zarah baru kehilangan seorang cucunya. Dan majlis tahlil diadakan tiga malam berturut2. Itu yang Teja minta buatkan kuih dua hari berturut2 dan dihantar kepada Mak Zarah. Al-Fatihah untuk cucu Mak Zarah... Saya turut menyumbang sebiji Kek Pisang Cappuccino.




Tempahan daripada Nofie - KSB
Bluberi cistat - 60 pcs
Cokelat cistat - 40 pcs
04-02-2011

Nofie minta dipacking secara berasingan, 30 + 50 + 20. Yang 30pcs tu dicampur antara bluberi dan cokelat. Yang lain2 tu terpulanglah katanya. Nofie tinggal di Johor Jaya. Kami berjanji untuk berjumpa di KFC Bukit Dahlia. Nofie datang bersama adiknya yang sebenarnya menempah cistat ini...



Tempahan daripada Zila - Felda JB
Bluberi cistat - 100 pcs
04-02-2011

Dulu Zila pernah menempah cistat dan cream puff untuk satu majlis di pejabatnya. Kali ini pulak, beliau menempah untuk majlis pertunangan adik @ sepupunya (ingat2 lupalah pulak...) di Taman Bukit Dahlia pada hari Sabtu. Nak dibuat hantaran katanya...

No comments: