Sunday, June 5, 2011

Tempahan Apam, Tat Dan Cupcake




Tempahan daripada Dila - UUM
Apam comel - 100pcs
Fresh fruits tart - 30pcs
03-06-2011

Dila yang bertugas di UUM Sintok, balik bercuti ke rumah ibunya di Taman Air Biru. Dah banyak kali Dila menempah daripada saya. Kali ini Dila menempah apam comel dan tat buah pulak. Dila ada juga menempah lolichoc tapi akan diambil pada hari Selasa nanti, 07-06-2011. Nak dibawa balik ke Melaka katanya. Thanks Dila...!




Tempahan daripada Zakiah - Jalan Senangin, TPP
Apam comel - 100pcs
Blueberry cheese tart - 50pcs
03-06-2011

Yang ini pun nak dibawa balik ke Melaka. Zakiah datang ke rumah tapi masa tu saya berada di hospital. Jam 6:00 petang saya balik, dan terus hantar tempahan ini ke rumahnya. Masa tu dia dah pun bersiap2 nak bertolak. Cuma menantikan tempahannya saja sebelum bertolak. Maaf ya Zakiah...ada urusan sikit di hospital tadi. Terima kasih untuk tempahan ini dan SELAMAT BERCUTI...!!!!






Tempahan daripada Saliza - Jalan Serangkai, Taman Bukit Dahlia
Blueberry cheese tart - 50pcs
Choc cuppies with buttercream deco, black & white, S size - 25pcs
Apam comel - polka dot dan mixed design - 400pcs
03-06-2011

Sebenarnya Saliza menempah sebanyak 500pcs apam comel tapi saya tak sempat nak menyiapkannya kerana berlaku kes kecemasan yang melibatkan anak saya, Azrai. Saya cuma sempat menyiapkan 400pcs sahaja. Nasib baiklah yang lain2 tu saya dah siapkan di sebelah pagi. Kalau tidak...harus satupun tak siap tempahannya. Thanks yang Liza untuk tempahan ini. Semua ni nak dibawa balik ke kampungnya di Batu Pahat. Ada majlis perkahwinan adik perempuannya. Majlis pernikahan pada hari Sabtu dan majlis persandingan pulak pada hari Ahad.

Apa kes kecemasan yang melibatkan anak saya tu??? Baca di SINI ya....


No comments: