Sunday, June 5, 2011

Tempahan 02-06-2011


 Kek Karamel Alunan Kasih
Tempahan daripada Zakiah - Taman Kota Masai

Zakiah ni sedang berbadan dua. Saya kalah sikit dengan orang yang berbadan dua ni. Berat macam mana pun, saya akan cuba juga untuk menunaikan keinginan mereka. Alhamdulillah, kek ini selamat saya hantar pada malam hari Khamis lepas ke rumah Zakiah. Sebenarnya, Zakiah dah singgah kat rumah semasa dalam perjalanan balik dari tempa tkerja dia tapi saya tak ada di rumah. Lepas hantar Ayong tuisyen, saya terus ke pasaraya untuk mencari buah2 segar untuk tat buah pada keesokan harinya.


 Blueberry cheese tart
Tempahan daripada Wanie (Mummy Srd)
Qty : 80pcs

Wanie datang mengambil cistat ni sebelum saya keluar menghantar Ayong ke pusat tuisyen di Taman Cendana. Thanks Wanie...!


Tart crust
Tempahan daripada Liza - Taman Nusa Damai

Sepatutnya Liza nakkan kulit tat ni pada hari yang sama dia menempah apam comel hari Isnin lepas tapi saya tak sempat nak menyiapkannya. Jadinya, hari Selasa malam Rabu tu, saya bersengkang mata dengan hubby untuk membuat kulit tat ini sebanyak 300pcs. Banyak tempahan untuk cistat, so kena buat kulitnya banyak2.

Tempahan Liza ini saya hantar ke tempat dia bekerja di Jalan Cempedak selepas saya menghantar Ayong ke pusat tuisyen. Thanks Liza...! Suka berurusan dengan Liza sebab orangnya peramah dan mudah mesra.

No comments: