Tempahan daripada Lily di Taman Bukit Dahlia.
Apam comel bluberi
Qty : 100pcs
04-06-2011
Saya menghantar tempahan ini ke Bukit Dahlia selepas waktu Maghrib. Sempat berbual dengan Lily. Manis orangnya. Ada seorang puteri berumur 6 tahun. Ramah sangat si sang puteri. Apam ni nak dibawa balik ke kampung untuk majlis di rumah makciknya. Pagi Ahad baru nak balik katanya. Kalau tak silap kampungnya di Pontian. Terima kasih ya Lily. Moga berpuashati dengan apam ini.
Alhamdulillah sebab sempat menyiapkan tempahan Lily ini. Sebenarnya, pagi2 lagi saya dah berada di Hospital Penawar sehinggalah ke jam 2:30 petang (cerita lanjutnya di SINI...). Selepas Azrai discharge, singgah sekejap di kedai cermin mata, nak betulkan bingkai cermin mata dia yang rosak sikit. Sampai aje kat rumah, sempat zzzzzzzz kejap. Sekitar jam 5:30pm barulah saya dan hubby memulakan projek apam ini. Nasib baik hubby rajin menolong. Cepat sikit siap kerja saya...
1 comment:
Salam kunjungan, blog yg menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)
http://www.zuwairiaiman.com
Post a Comment